Permintaan terhadap topup adalah konsisten, contohnya setiap bulan, Pak Abu membelanjakan RM100 untuk membeli topup. Anda juga begitu bukan? Setiap minggu anda topup.
Jom lihat bagaimana pelan pemasaran yang menguntungkan jika anda mendaftar sebagai Agen jual topup bersama kami
1) Menjana pendapatan sebagai penjual topup
Jumlah pengguna topup sememangnya ramai, setiap hari jumlah pengguna topup semakin bertambah, lihat sahaja di kawasan kejiranan anda. Berapa orang yang menggunakan handphone? Majoriti pengguna handphone menggunakan topup. Berapa kali mereka topup dalam seminggu? Sebulan? Malah ada juga yang topup sehingga 2 kali sehari.
Katakan kawasan kejiranan anda mempunyai 400 orang pengguna topup Celcom dan purata setiap seorang daripada mereka akan menggunakan topup RM40 sebulan. Jadi jumlah keseluruhan penggunaan topup di kawasan anda ialah RM40 X 400 = RM16,000 sebulan. Jika anda mendapat keuntungan sebanyak 3.75% hasil jualan anda daripada jumlah penggunaan topup di kawasan anda iaitu 3.75% daripada RM16000, anda akan mendapat RM592 sebulan sebagai penjual topup.
Seperti yang anda maklum,anda mendapat keuntungan atas jualan produk yang anda lakukan. Sebagai contoh ; dalam akaun anda mempunyai modal sebanyak RM100.
Untung celcom = 4.25%
Jualan celcom airtime 10 = RM0.42
Potongan oleh syarikat ke atas akaun = RM9.57
Terima RM10 dari pelanggan. Baki dalam akaun modal adalah RM90.42
Di sini,dengan jualan celcom airtime 10,anda mendapat untung RM0.42 Agak sedikit bukan ? Ya! Memang sedikit sebab itu adalah untung untuk satu jualan. Jualan purata agent kami terutamanya student university/sekolah mencapai RM300 sehari.
RM400 = celcom airtime 10 sebanyak 30 kali.
42 sen untuk satu kali jualan.
30x RM0.42 = RM12.60 sehari.
Kebiasaannya jika hari ini jualan tinggi,keesokkan harinya sudah berkurang jualan yang bakal diterima. Sebab celcom airtime/maxis airtime bertahan selama 7 hari. Kalau kaki gayut tu,cepat la habis kredit..(^^)..
Ok.pengiraan mudah,katakan purata keuntungan jualan dalam satu hari adalah RM10. Sebulan ada 30 hari. Cuti kita masukkan 8 hari.
30 hari – 8 cuti = 22 hari
22 hari x RM10 = RM220
RM220 tu adalah jumlah yang sedikit untuk orang bergaji besar. Tetapi untuk kami,student university adalah suatu jumlah yang besar..(^^)..
Pengiraan di atas adalah simulasi sahaja. Semuanya bergantung pada jualan dan teknik anda untuk memikat pelanggan datang berbelanja pada diri anda.
Dalam masa seminggu,pasti kedai anda dikunjungi orang ramai.
2) Keuntungan daripada mendaftarkan Agen Downline
Jika anda seorang Dealer di Mysupertopup,anda boleh mendaftarkan agent-agent di pangkat lebih bawah dari anda. Yuran penyertaan adalah bergantung . Anda yang menetapkan sendiri yuran pendaftaran agent-agent anda.
Anda menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM50 untuk satu pendaftaran simcard. Satu simcard akan dicaj sebanyak RM5 oleh syarikat dari akaun anda.
1 simcard = RM50
Caj oleh syarikat = RM 5
Keuntungan = RM45
Keuntungan untuk seorang downline atas pendaftaran downline adalah RM45. Oh ya,jangan dilupa,yuran pendaftaran anda sendiri yang tetapkan. Kalau anda letak RM70 atau RM150 ?.Itu terpulang pada kreativiti anda sendiri.Semuanya adalah bergantung pada kemahiran anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan ini.
Anda tetapkan sendiri agar fleksibel,keselesaan dan memenuhi citarasa anda.
CONTOH:
Yuran pendaftaran First Retail (FR) (downline) anda ditetapkan sendiri oleh anda. Anda akan dikenakan cas sebanyak RM5 sahaja bagi setiap pendaftaran agen anda.
Katakan anda sebagai Retail (R) dan yuran untuk setiap pendaftaran Agen bawah anda tetapkan ialah RM70. Seorang kawan anda berminat untuk menjual topup dan ingin mendaftar sebagai First Retail (FR) di bawah anda Retail (R). Dia akan membayar RM70 kepada anda untuk pendaftaran tersebut dan anda mendaftarkan dia sebagai First Retail (FR).
Hasil keuntungan yang anda memperolehi daripada pendaftaran tersebut ialah RM70 (Yuran pendaftaran) – RM5 (cas syarikat) = RM65.
RM65 untuk satu pendaftaran Agen (downline), agak lumayan bukan?
Jika sebulan anda berjaya mendaftarkan seramai 60 orang sebagai Agen bawah anda, keuntungan yang anda dapat ialah RM65 X 60 = RM3900, WOW!!!!! Lumayan Bukan??? Gaji mengalahkan Graduan IPT…
Itu baru pendaftaran untuk Retail tidak termasuk pendaftaran pakej lain di bawah anda.
Lihat bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan dengan hanya mendaftarkan Agen bawah anda:
-
RM65(Yuran 1st Retail X 3 orang/bulan = RM195
-
RM55(Yuran 2nd Retail X 3 orang/bulan = RM165
-
RM45 (Yuran 3rd Retail X 3 orang/bulan = RM135
-
0.25% X RM10(jualan minima seorang Agen sehari) X500AgenX30hari = RM375
-
Anggaran jumlah pendapatan Agen sebulan =RM195+RM165+RM135+RM375 = RM870/bulan
** anda boleh tetapkan harga yuran pendaftaran sendiri harga diatas adalah sebagai contoh sahaja **
Lihat gambar dibawah.
Katakan anda mendaftar sebagai Retail (R), anda boleh mendaftarkan First Retail (FR) sebagai downline anda dan First Retail (FR) boleh mendaftarkan Second Retail (SR) sebagai downline, First Retail (FR) boleh mendaftarkan Second Retail (SR) dan sehinggalah Third Retail (TR).
Anda boleh juga mendaftarkan Third Retail terus kepada downline anda tanpa mana-mana Retail lain.
*Retail (R) tidak boleh daftarkan agen yang sama level)
cth: Retail (R) ingin mendaftar agen Retail (R) sebagai downline
3) Keuntungan daripada komisyen jualan Agen anda
Pendaftaran Agen anda diibaratkan seperti anda membuka cawangan kedai topup anda. Anda akan mendapat komisyen apabila Agen anda menjual topup.
Lebih ramai Agen (downline) anda, lebih banyak cawangan kedai topup anda dan lebih banyak komisyen yang akan anda dapat.
Pendaftaran agent bermakna anda melantik wakil anda untuk melakukan jualan bagi pihak anda. Atau boleh juga dikatakan anda membuka gerai-gerai kecil untuk menjual bagi pihak anda.
Bonus komisien overriding adalah tidak tetap. Bergantung pada pakej yang anda ambil. Yang pasti,cara mudah untuk menjana pendapatan paling best adalah dengan :
“Mendaftarkan diri pada level tertinggi,daftarkan downline pada level terbawah”
Sebagai contoh :
Anda di level Dealer
Komisien untuk anda adalah 4.25% untuk celcom.
Manakala untuk Third Retail pula adalah 3.00% untuk celcom
Sekiranya anda ada 1 orang agent berpangkat Third Retail,maka perbezaan antara komisien anda dan downline anda akan diambil kira.
4.25% – 3.00% = 1.25%
Ini bermakna anda akan mendapat komisien overriding sebanyak 1.25% dari jualan downline anda. Sekiranya downline anda :
Menjual 1 celcom airtime 10, maka :
1.25% x 10 = RM0.125
RM0.125 adalah keuntungan anda sekiranya anda seorang DEALER.
YA,saya tak nafikan 12.5 sen tu adalah sikit. Tetapi itu adalah jualan oleh orang lain,bukan pihak anda yang bersusah payah buat jualan pun. Kemudian,itu adalah simulasi untuk 1 jualan sahaja pada airtime terendah iaitu airtime 10.
Sekiranya :
1 orang downline anda tadi melakukan 10 jualan dalam sehari untuk celcom airtime 10,maka:
RM0.125 x 10 jualan = RM1.25 sehari
RM1.25 sehari x 30 hari = RM37.50 untuk sebulan.
ALAHAI..ciputnyer…(^^)
Ya benar. Untuk 30 hari, RM37.50 tu lekat celah gigi ajer. Tapi saya yakin anda mampu memiliki sekurang-kurangnya 5 orang dowline yang bekerja untuk anda.
1-adik lelaki
2-adik perempuan
3-sepupu
4-kawan sepejabat/sekuliah
5-anak saudara
Susah sangat ker nak cari downline di kalangan insan yang terdekat dengan diri anda nih?
RM37.50 x 5 downline = RM187.50 untuk sebulan sekiranya ada 5 downline.
Singkatan : FR=First Retail, SR=Second Retail, TR=Third Retail
_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan